Hapuskanlah
perasaan itu dari hatimu, jangan timbul-timbulkan juga. Engkau tentu memikirkan
juga, bahwa emas tak setara dengan loyang, sutera tak sebangsa dengan
benang."
Memang,…..
cinta itu " Adil" sifatnya, Allah telah mentakdirkan dia dalam
keadilan, tidak memperbeza-bezakan antara raja dengan orang meminta-minta,
tiada menyisihkan orang kaya dengan orang miskin, orang mulia dengan orang
hina, bahkan kadang-kadang tidak juga berbeza baginya antara bangsa dengan
bangsa, tetapi aturan pergaulan hidup, tiada membiarkan yang demikian itu
berlaku,
Diletakkan
ibunya suka, bermuafakat orang itu dahulu dengan kaum kerabat, handai dan
taulan. Kalau mereka tak sepakat, waktu itulah kelak kau diserang oleh putus
asa, oleh malu, dan kadang-kadang memberi melarat kepada jiwamu. Sebab api
masih belum besar tidak engkau padami lebih dahulu."
Anakku... Tidak ada
yang lebih baik untuk melupakan hal itu sebelum ia mendalam, sebab cinta kepada
orang yang demikian, adalah cinta arwah ayahmu hendak kembali ke dunia, kerana
ia berbesar hati melihat engkau telah besar. Ia tahu dan melihat segala apa
yang kejadian dalam dunia ini, dan ia ingin sekali hendak datang. Tetapi
sayang…. Alam dunia telah terbatas jauh sekali dengan alam barzakh…..
Mudah-mudahan
Dia memberikan anugerah dan perlindungan akan dirimu. Dia yang telah menanamkan
perasaan itu ke dalam hatimu, Dia pula yang berkuasa mencabutnya. Mudah-mudahan
itu hanya suatu khayal, suatu angan-angan yang kerap kali mempengaruhi hati anak
muda, yang dapat hilang kerana pergantian siang dan pertukaran malam."
"Saia
berasa orang yang kehilangan, padahal jika saia periksa semuanya cukup, tetapi
badan saia ringan seolah suatu kecekupan yang telah kurang.."
-Haji Abdul Malik Karim Amrullah-